Salam sejahtera semua...Petang tadi cuaca sangat baik dan mengizinkan,oleh itu aku pun ambil kesempatan untuk keluar ke bando membeli sepasang baju melayu bagi majlis konvokesyen aku pada 5 ogos yang akan datang. So baju yang aku beli cuma berharga RM60,murah kan...kualiti dia pun baik kalo nak bandingkan dengan baju yang kat butik sama je cuma bezanya baju tu duduk kat dlm aircond.Baju melayu ni aku beli kat Baitulmal iaitu tempat yang agak popular dikalangan pakcik2 dan makcik2 yang nak shopping baju serta tudung terutama pada hari raya yang akan datang ni. So dah alang2 ke bando aku pun pekena lah cendol dengan rakan aku Fit..Untuk keterangan lebih lanjut mari kita layan gambar yang kat bawah ni...
Baju yang baru aku beli agak selesa dan kain dia pun best...
Baitulmal dimana tempat yang pakcik dan makcik kita shopping
Port 1 kat sebelah Balai trafik Muar dan Port 2 kat tengah2 bandar Muar
Gelagat pakcik2 kita ketika menghirup cendol dan sambil berborak pun ade..hehe
Memang layan cendol-cendol beliau...hehehe
Bermangkuk cendol kitaorang selesaikan sebab harganya sangat berpatutan
dapnyer cendol..ngee :)
ReplyDeletekelihatan sungguh cpat cendol tersebut
ReplyDelete