Pages

Monday, November 29, 2010

BILA PEREDARAN MASA BERLALU BEGITU SAHAJA

                                                Penulis bersama lotfi ketika bersama bermain bowling

Sejak aku mula berkerja di Micron terasa diri ini macam terikat dengan kerja,kdg2 nak lepak dgn membe2 pun mcm x sempat kerana MASA yg terikat...

1. Siapa tdk mahu dirinya terasa bebas dan boleh membuat apa yg disukai,semua org kan...emmm,mungkin ini ketentuan kehidupanku yg ditentukan ilahi bagi mencari sesuap nasi...hehe

2. Buat masa ini banyak yg aku plan x dpt dijalankan mungkin kerana MASA yg sungguh terikat..mana x kdg2 sabtu & ahad pun kena keje..masa lepak dengan kawan2 photographer pun mcm dah renggang....

3. Sekarang ni,banyak job wedding yg aku tolak bkn kerana suka2 tapi kerana kerja yg utama ni lah,kdg2 rasa bosan keje dlm kilang ni dan langsung x rasa bebas....

4. So dari masa sekarang aku akan cuba membahagikan masa dengan baik,beriadah dengan kawan2 rapat dan yg paling penting aku akan cuba mencari peluang kerjaya yg sabtu & ahad aku dapat cuti dan boleh lakukan Photography yg mmg aku minati....(semangat kena kuat)sekian

Muhamad Khairudeen Zakaria
013-4431914

Friday, August 13, 2010

Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Majlis Daerah Pontian Sempena Majlis Pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010

Salam sejahtera semua....Pada hari sabtu bertarikh 7/8/2010 saya diberi tanggungjawab sebagai jurufoto rasmi mewakili Majlis daerah Potian bagi merakamkan sejarah Perasmian serta pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010.Tugasan sangat mencabar kerana ianya dipenuhi dengan protokol-protokol diraja oleh itu saya berasa sangat teruja dan berpuas hati kerana tugasan ini dapat diselesaikan dengan jayanya.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Izam crazyfoto kerana mempercayai kebolehan saya dalam melaksanakan tugasan ini dengan jayannya serta tidak lupa kepada krew-krew yang lain..syabas diucapkan =)




































Friday, July 23, 2010

Sepasang baju melayu dan semangkuk cendol


Salam sejahtera semua...Petang tadi cuaca sangat baik dan mengizinkan,oleh itu aku pun ambil kesempatan untuk keluar ke bando membeli sepasang baju melayu bagi majlis konvokesyen aku pada 5 ogos yang akan datang. So baju yang aku beli cuma berharga RM60,murah kan...kualiti dia pun baik kalo nak bandingkan dengan baju yang kat butik sama je cuma bezanya baju tu duduk kat dlm aircond.Baju melayu ni aku beli kat Baitulmal iaitu tempat yang agak popular dikalangan pakcik2 dan makcik2 yang nak shopping baju serta tudung terutama pada hari raya yang akan datang ni. So dah alang2 ke bando aku pun pekena lah cendol dengan rakan aku Fit..Untuk keterangan lebih lanjut mari kita layan gambar yang kat bawah ni...


Baju yang baru aku beli agak selesa dan kain dia pun best...


Baitulmal dimana tempat yang pakcik dan makcik kita shopping



Port 1 kat sebelah Balai trafik Muar dan Port 2 kat tengah2 bandar Muar


Gelagat pakcik2 kita ketika menghirup cendol dan sambil berborak pun ade..hehe



Memang layan cendol-cendol beliau...hehehe



Bermangkuk cendol kitaorang selesaikan sebab harganya sangat berpatutan